|
MAJLIS PEMBUKAAN EDU-MART MVSB |
|
Thursday, 16 October 2008 |
|
Shah Alam :13 hb Oktober 2008 bersamaan 13 Syawal 1429 : Satu majlis kesyukuran dan doa untuk kejayaan EDU-MART MVSB telah diadakan dengan jayanya. Walaupun kelengkapan kedai belum sempurna majlis pembukaan diteruskan bagi membolehkan perniagaan dimmulakan. YB Rodhiah Ismail EXCO Kerajaan Negeri selangor yang juga ADUN Batu Tiga Shah Alam adalah antara tokoh terawal yang mengunjungi EDU-MART. Beliau diberi penerangan tentang konsep niaga ' one stop centre for education supplies'. Satu pendekatan bagi mendapatkan satu posisi niche dalam pasaran produk pendidikan. |
|
Read more...
|
|
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI |
|
Sunday, 21 September 2008 |
|
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Kami dari Musleh Venture Sdn Bhd mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin  |
|
Saturday, 20 September 2008 |
|

LAILATUL qadar merupakan salah satu dari malam-malam Ramadan, di mana keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Ini dijelaskan sebagaimana firman Allah s.w.t: Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada malam lailatul qadar. Tahukah kamu apakah malam lailatul qadar itu? Malam al-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. (al-Qadr: 1-3) |
|
Read more...
|
|
PROGRAM NUR QURAN RAMADAN - KEMAS |
|
Saturday, 20 September 2008 |
|
Pada 14September 2008 jam 6.00petang di surau Kg Bukit Sungai Putih, Ampang telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Program Nur Quran Ramadan KEMAS Peringkat Negeri Selangor. Seramai 40 kanak-kanak telah diraikan dalam majlis tersebut. Mereka telah mengikuti Kursus intensive dua hari penuh Asy-Syaathir Kaedah Cepat Membaca Al-Quran yang sedang dipopularkan oleh MUSLEH Ventures Sdn Bhd. 
Program Asy-Syaathir ini merupakan program perintis KEMAS seluruh negara dimana ia bermatlamat untuk melahirkan masyarakat celik Al-Quran dan akan diserapkan dalam modul pembelajaran Prasekolah KEMAS menjelang 2010.
Pada peringkat Negeri Selangor 40 kanak-kanak TABIKA KEMAS Ampang telah dipilih mengikuti program dua hari suntuk ini. Mereka dibimbing oleh 5 orang tenaga pengajar yang merupakan Penyelia-Penyelia dan Pemaju-pemaju masyarakat Bina Insan KEMAS Selangor. Tenaga pembimbing itu telah diberi latihan khas oleh MUSLEH Ventures Sdn Bhd dalam satu Kursus Khas Anjuran KEMAS dari 28hb Julai 2008 hingga 31hb Julai 2008 baru lalu di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. |
|